Program ini adalah bertujuan untuk membantu mereka yang berminat untuk pergi melancong samada dalam dan luar negara dengan terlebih dahulu menyertai program tabungan.
Pendekatan yang digunakan ialah Ekonomi Permuafakatan. Maksudnya, hanya dengan bermuafakat kita boleh mencapai tahap ekonomi yang sukar dilakukan secara berseorangan. Ini dapat dicapai dengan adanya "sistem" yang menyokong kaedah ini.
Setiap seorang di antara kita mempunyai keupayaan kewangan yang terhad. Tetapi, sekiranya keupayaan yang terhad ini digabungkan, ianya akan menjadi satu kekuatan yang luar biasa.
Menggunakan program tabungan ini, seseorang itu hanya perlu membayar RM300.00 dan mengenalkan 3 rakan yang juga mahu menggunakan kaedah yang sama.
Sila baca syarat dan terma untuk menyertai program ini. Bakal ahli perlu bersetuju dengan semua syarat dan terma samada yang dinyatakan di sini mahupun yang dikenakan oleh pentadbir sistem ekonomi permuafakatan yang digunakan.
SYARAT DAN TERMA
- Setiap pendaftaran memerlukan seorang pengenal.
- Pendaftaran adalah melalui Borang Pendaftaran yang telah disediakan.
- Borang Permohonan yang telah diisi perlu ditandatangani oleh peserta dan juga saksi (Pengenal) supaya tidak timbul sebarang salah faham.
- Bukti bayaran perlu disertakan apabila menyerahkan borang.
- Untuk mempastikan kejayaan Program Kembara ini dan menepati tarikh perjalanan yang dirancang, peserta diberi 7 hari untuk mengenalkan 3 rakan dan mereka juga perlu melakukan perkara yang sama, berpakat dalam mencapai matlamat yang sama.
- Kelayakkan untuk menyertai sesuatu destinasi bergantung kepada pendapatan yang terkumpul di dalam akaun peserta sebelum atau pada tarikh akhir kelayakkan.
- Semua perancangan untuk pergi ke suatu destinasi dilakukan dengan rapi mengambil kira keselesaan dan keselamatan peserta. Sekiranya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan penganjur terpaksa membuat perubahan di saat terakhir, peserta perlu menerima keadaan tersebut.
- Wang RM300.00 yang dibayar oleh peserta adalah untuk mengisi tabung Pengenal dan dengan itu bayaran yang dibayar oleh peserta tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri.
- 3 rakan yang dikenalkan oleh peserta pula akan membantu peserta.
- Syarat dan Terma akan ditambah mengikut keperluan dan akan dinyatakan bersama Borang Pendaftaran yang berkenaan.